Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.
Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.
Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
Mengidam makan Strawberry segar baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa nikmat makan Strawberry segar.
Kebanyakkan stawberry yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana process menjaga pokok strawberry. Dengan bayaran yang kecil anda juga dapat memetik strawberry anda sendiri.
Selain dari strawberry, di sini juga terdapat Café, kedai cenderamata dan kedai sayur organik segar.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)
Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.
Gunung Irau adalah gunung yang tertinggi di Cameron Highland dan puncaknya terletak 2110 meter diatas paras laut. Jika anda mencari tempat menarik untuk mendaki gunung semasa berada di Cameron Highland mungkin Gunung Irau jawapannya.
Air Terjun Parit ini tersembunyi didalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata 800 meter dari Hotel Pines Century.
Selain daripada bermandi di air terjun pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi air terjun tersebut. Terdapat jalan-jalan kecil jika anda minat jungle trekking.
Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.
Jika anda merancang untuk ke Mossy Forest dan berniat untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan dari atas Observation Tower.
Di puncak nanti anda berada 2032 meter dari paras laut dan dari sini anda dikelilingi pemandangan menakjubkan yang terbentang luas dihadapan mata.
1. Big red Strawberry Farm Food Court, Brinchang Sini tak banyak pun menu untuk menternak lemak sebab kat sini banyak yang fresh dan sihat-sihat.. Korang boleh tengok kat menu bawah ni.. So far semua ok jeww.. hehe.. Salad tu korang bayar pastu amik sendiri taw.. ala-ala buffet camtu arr.. ambil la sepenuh yang mampu..ngeahaha Menu board yang agak simple..Order korang sebijik dalam gambar taw.. jangan gelabah sangat..hehe Ni pilhan kami suami isteri..anda pulak bagaimana?? 2. Kedai Mamak Mamu, Tanah Rata Ni kedai mamak biasa tapi entah la kenapa aku dan Suami rasa kedai mamak ni punya roti canai dan yang lain-lain sedap sesangat! mungkin sebab cuaca kot..sini kan sejuk..bila makan apa-apa pun semua shedapp saje.. Harga mahal sikit la.. takpe janji kenyang.. Alhamdulillah Ni hari pertama kami menjamu selera di Mamu.. Supper ni.. Baru lepas makan makanan pasar malam.. Ni menu breakfast ktorang sebelum ke Cameron Valley 3. Western & Steamboat...
Comments
Post a Comment