AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK



Antara tarikan terbaru di Cameron Highlands yang semakin dapat perhatian pengunjung. Ramai orang nak tengok bagaimana tanaman yang popular di Eropah ini ditanam di Tringkap, Tanah Tinggi Cameron. Memang best ambil gambar berlatar belakang pokok lavender warna ungu. Kiranya kalau selfie memang terbaik kat sini. Taman ini turut sediakan tempat makan dan kedai cenderamata. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

2. Time Tunnel Gallery

Kembali ke masa lampau. Kalau korang nak ingat kenangan barang-barang lama dari zaman 40 hingga 80 an (termasuk barang-barang yang berasal dari Cameron sendiri), wajib singgah ke muzium Time Tunnel Gallery. Di sini, korang boleh lihat foto-foto lama Cameron, produk seperti botol Coke zaman dahulu, lampu minyak tanah dan macam-macam lagi. Kenangan habis! Bayaran masuk: RM5 untuk dewasa sementara kanak-kanak dicaj RM3.

3. Ladang Lebah

Alasan paling best ke ladang lebah ialah untuk melihat bagaimana lebah-lebah yang dibela-bekerja untuk menghasilkan madu. Memang rare. Selepas tengok, anda boleh beli madu
asli yang dijual di sini. Tak payah fikir macam dulu-dulu takut madu beli dekat kedai asli ke tidak. Dekat sini confirm yang asli. Antara lokasi ladang lebah popular boleh pergi seperti Tringkap Bee Farm, Highlands Apiary dan Ee Feng Gu Apiary

Comments

Popular posts from this blog

Peta

MAKANAN

TEMPAT - TEMPAT MENARIK